Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bspt Ipd Johor Bahru Utara Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Firdaus Abdullah dan Koperal Muhammad Hassanuddin Abd Razak dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu P...
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Firdaus Abdullah dan Koperal Muhammad Hassanuddin Abd Razak dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara atas bantuan yang dihulurkan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 17, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor.
Kedua-dua anggota tersebut bersama orang awam bertindak mengangkat mangsa ke bahu jalan sebelum mangsa dibawa ke hospital oleh ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pertolongan yang diberikan itu mencerminkan nilai murni dan komitmen tinggi warga Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam menyantuni masyarakat.
Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

