Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Tindakan Pantas Anggota Balai Polis Wangsa Maju Selamatkan Dua Beranak Dari Kebakaran

Published: 19 Mar 2024 6.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tindakan pantas tiga anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di Sinaran Wangsa Residensi, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sedang terbakar, berjaya menyelamatkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang terperangkap di dalam rumah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-tindakan-pantas-anggota-balai-polis-wangsa-maju-selamatkan-dua-beranak-dari-kebakaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT
Tindakan pantas tiga anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit di Sinaran Wangsa Residensi, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang sedang terbakar, berjaya menyelamatkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang terperangkap di dalam rumah.

Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dari Balai Polis Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh isteri mangsa pada Isnin, 18 Mac 2024 kira-kira jam 4.30 petang.
Ketiga-tiga anggota polis berkenaan turut berjaya memadamkan api dan membawa keluar kedua-kedua mangsa dalam keadaan selamat.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar, Lans Koperal Mohamad Hazieril dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq atas kesanggupan mereka mempertaruhkan nyawa ketika api sedang marak bagi menyelamatkan mangsa. Sesungguhnya jasa kalian itu sangat besar dan membanggakan Pasukan.
Sumber: Tabik Polis
 
ArticlePublished 19 Mar 2024 6.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM