Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Polis Usaha Bantu Selamatkan Mangsa Terkandas Ketika Banjir Kilat

Diterbitkan: 16 Aug 2021 8.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Misi menyelamat yang dijalankan oleh Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama orang awam yang turut membantu ketiga-tiga mangsa nyata mengukir senyuman kepada mereka yang berjaya diselamatkan untuk melihat orang yang tersayang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-polis-usaha-bantu-selamatkan-mangsa-terkandas-ketika-banjir-kilat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Walau sesukar manapun halangan yang datang, kami sedia membantu. Tanggungjawab yang dipikul akan dilaksanakan sebaik-baiknya. Begitulah juga ketika usaha menyelamatkan tiga individu yang terperangkap dalam banjir kilat ketika memancing di Sungai Klang berhampiran Jalan Kuching, Kuala Lumpur daripada dibawa arus deras, semalam.

Misi menyelamat yang dijalankan oleh Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama orang awam yang turut membantu ketiga-tiga mangsa nyata mengukir senyuman kepada mereka yang berjaya diselamatkan untuk melihat orang yang tersayang.

Semoga kebaikan dan pertolongan yang anda hulurkan ini, mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya kelak.

Sumber: JSPT KL

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4529949533681985

ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2021 8.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM