Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Polis Bantu Keluarkan Empat Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta

Published: 24 Apr 2023 1.03 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian disedari Inspektor Ridhwan Kassim dan Koperal Mohamad Azuwan Aziz sebelum bergegas memberi bantuan awal kepada mangsa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-polis-bantu-keluarkan-empat-sekeluarga-pengsan-dalam-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Bentong, 24 April 2023 - Empat sekeluarga ditemukan pengsan dalam kenderaan dinaiki mereka disyaki dipercayai akibat kekurangan oksigen, dalam kejadian dekat Plaza Tol Bentong di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian disedari Inspektor Ridhwan Kassim dan Koperal Mohamad Azuwan Aziz sebelum bergegas memberi bantuan awal kepada mangsa.

"Dalam penyelamatan itu, anggota polis itu turut dibantu oleh anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuhraya Pantai Timur.

"Pegawai bertugas juga telah mengeluarkan mangsa dari kereta dan menghubungi pihak hospital untuk tindakan susulan," katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian kereta yang dinaiki keluarga terbabit turut melanggar pintu tol Bentong.

Katanya lagi polis berharap kesemua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di musim perayaan ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../empat-sekeluarga-pengsan...

ArticlePublished 24 Apr 2023 1.03 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM