
Artikel
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Polis Bantu Keluarkan Empat Sekeluarga Pengsan Dalam Kereta
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian disedari Inspektor Ridhwan Kassim dan Koperal Mohamad Azuwan Aziz sebelum bergega...
Bentong, 24 April 2023 - Empat sekeluarga ditemukan pengsan dalam kenderaan dinaiki mereka disyaki dipercayai akibat kekurangan oksigen, dalam kejadian dekat Plaza Tol Bentong di sini, petang tadi.
"Dalam penyelamatan itu, anggota polis itu turut dibantu oleh anggota peronda lebuh raya, orang awam dan pihak Lebuhraya Pantai Timur.
"Pegawai bertugas juga telah mengeluarkan mangsa dari kereta dan menghubungi pihak hospital untuk tindakan susulan," katanya.
Beliau berkata, sebelum kejadian kereta yang dinaiki keluarga terbabit turut melanggar pintu tol Bentong.
Katanya lagi polis berharap kesemua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di musim perayaan ini.