Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pesara Sarjan Mejar Yusof Pernah Terputus Bekalan Makanan Ketika Operasi

Diterbitkan: 11 Jul 2023 1.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.21 PM
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan Sinar Harian
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-pesara-sarjan-mejar-yusof-pernah-terputus-bekalan-makanan-ketika-operasi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT
Kota Bharu, 11 Julai 2023 - Pengorbanan pesara polis, Sarjan Mejar Yusof Hussain, 80, terhadap negara dan keluarga sukar dicari apabila terpaksa berdepan komunis di hutan tetapi pada masa sama memikirkan dua anak orang kurang upaya (OKU) termasuk seorang yang terlantar.

Bagaimanapun, beliau meneruskan tugas dan sentiasa berdoa dengan harapan isteri, Puan Aishah Ali, 75, dapat menjaga lapan anak mereka dengan baik.
Menurut pesara Sarjan Mejar Yusof, pengalaman bertugas bersama Batalion 11, Pasukan Gerakan Am memang mencabar kerana ketika itu berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

"Saya bertugas selama 15 tahun dalam pasukan itu dan paling mencabar apabila ada pemberontak bersenjata di dalam hutan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara Tanpa Istiadat dan Penyerahan Sumbangan Katil di kediamannya pada Isnin.
Berkongsi detik sukar itu, pesara Sarjan Mejar Yusof berkata, ketika operasi selama tiga bulan di Tanjung Karang, Selangor pada tahun 1965, seorang individu memaklumkan ada banyak bom di kawasan berkenaan.

"Ketika itu kami diberi ganjaran RM500 untuk menangkap penjenayah dan akhirnya berjaya. Mereka dipanggil komando ganyang Malaysia dari Indonesia," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pernah-terputus...

ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2023 1.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.21 PM