Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Diterbitkan: 20 Oct 2024 12.27 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook Puan Halimah Ahmad atas penghargaan anda kepada perkhidmatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghulurkan bantuan kepada beliau ketika mengalami kesulitan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20241020
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:42 MYT
POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook Puan Halimah Ahmad atas penghargaan anda kepada perkhidmatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghulurkan bantuan kepada beliau ketika mengalami kesulitan.

Syabas diucapkan buat Koperal Mohd Sufri Che Malek dan Konstabel Muhammad Lukman Nul Hakim Safian dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang bertindak pantas memberikan bantuan menukarkan tayar pancit semasa melakukan tugas rondaan di sekitar Bukit Subang, Shah Alam, Selangor, semalam.

Bantuan tersebut membuktikan PDRM sentiasa mengutamakan keselamatan orang awam tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Sumber: Facebook Halimah Ahmad

May be an image of 2 people, car and road
ArtikelDiterbitkan 20 Oct 2024 12.27 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM