
Artikel
#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Penghargaan tersebut dizahirkan melalui hantaran di Facebook, ‘Raja Shamri’ dan kiriman gambar dari seorang sukarelawan Third Force Kedah.
Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Raja Shamri atas penghargaan terhadap sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi yang bertindak pantas bersama orang awam membantu seorang lelaki mengalihkan keretanya yang rosak di persimpangan lampu isyarat bandar Langkawi, Kedah ke tempat selamat, semalam.