Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pemangku Pengarah Jspt Sempurnakan Majlis Penganugerahan Kontinjen Dan Daerah Terbaik

Diterbitkan: 18 Apr 2024 1.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Kuala Lumpur, 18 April 2024 – Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nasri Omar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-op-selamat-22-sempena-hari-raya-aidilfitri-2024-pemangku-pengarah-jspt-sempurnakan-majlis-penganugerahan-kontinjen-dan-daerah-terbaik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT
Posting Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pemangku Pengarah Jspt Sempurnakan Majlis Penganugerahan Kontinjen Dan Daerah Terbaik
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pemangku Pengarah Jspt Sempurnakan Majlis Penganugerahan Kontinjen Dan Daerah Terbaik
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pemangku Pengarah Jspt Sempurnakan Majlis Penganugerahan Kontinjen Dan Daerah Terbaik

Kuala Lumpur, 18 April 2024 – Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 telah disempurnakan oleh Peman...
Kuala Lumpur, 18 April 2024 – Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nasri Omar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, malam tadi.

Dato’ Mohd Nasri yang hadir mewakili dan membacakan teks ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan jalan raya menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
“Kes kemalangan maut juga menurun 10 peratus dengan 105 kes berbanding 117 kes pada tahun lepas, manakala jumlah kematian turut mencatatkan pengurangan enam peratus dengan 119 kematian berbanding 126 kematian pada tahun sebelumnya," katanya.

Majlis yang berkonsepkan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu telah menyaksikan Polis Kontinjen Terengganu dan Polis Daerah Tampin dipilih sebagai johan bagi kategori Kontinjen dan Daerah selepas masing-masing mempamerkan penugasan cemerlang sepanjang Op Selamat 22 yang bermula pada 8 April hingga 13 April lalu.
Manakala Polis Kontinjen Kelantan dan Polis Daerah Dungun mendapat tempat kedua serta Polis Kontinjen Negeri Sembilan bersama Polis Daerah Sri Aman di tempat ketiga terbaik keseluruhan bagi kedua-dua kategori tersebut.

Kesemua anugerah penghargaan disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Berhad, Dato' Zainal Abidin Putih diiringi Dato' Mohd Nasri.
Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad, Encik Amar Huzaimi Md Deris, Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSPT, Datin Hamidah Hashim, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO), para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia serta rakan media.

ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2024 1.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM