
Article
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Lee Kim Tong Warga Emas Yang Tak Ingat Jalan Balik Rumah Hargai Jasa Polis
Butterworth, 15 Mei 2023 - Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepa...
Butterworth, 15 Mei 2023 - Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepas gagal mencari jalan pulang pada 19 April lalu.
Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Daerah IPD Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad.
Menurut Superintendan Siti Nor Salawati, lelaki warga emas yang juga seorang pengurus syarikat ditemui dua anggota berkenaan ketika membuat rondaan di lampu isyarat dekat Terminal Pengangkutan Penang Sentral.
Sebelum itu mangsa berasa terancam selepas kereta jenis Mazda CX5 yang dipandunya diekori tiga motosikal yang tidak dikenali sebelum dia didatangi sebuah kereta peronda (MPV) polis.
"Apabila anggota menghampiri kenderaan mangsa, ketiga-tiga motosikal itu terus beredar. Kemudian pemeriksaan dijalankan dan didapati mangsa yang memandu seorang diri mengalami masalah ingatan apabila tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah.
"Selepas ditemubual mangsa menyerahkan kad nama syarikat kepada anggota dan berpandukan kepada alamat berkenaan, salah seorang anggota MPV telah membantu memandu kenderaan mangsa hingga sampai ke rumahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.