Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Lee Kim Tong Warga Emas Yang Tak Ingat Jalan Balik Rumah Hargai Jasa Polis

Diterbitkan: 15 May 2023 5.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 15 Mei 2023 - Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepas gagal mencari jalan pulang pada 19 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-lee-kim-tong-warga-emas-yang-tak-ingat-jalan-balik-rumah-hargai-jasa-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Butterworth, 15 Mei 2023 - Seorang lelaki warga emas yang mempunyai masalah ingatan berterima kasih kepada dua anggota polis yang menghantarnya ke rumah selepas gagal mencari jalan pulang pada 19 April lalu.
Terdahulu, Lee Kim Tong, 78, dikunjungi dua anggota polis berkenaan yang datang ke kediamannya petang semalam bagi memenuhi permintaannya yang ingin bertemu dengan mereka.

Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Daerah IPD Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad.
Menurut Superintendan Siti Nor Salawati, lelaki warga emas yang juga seorang pengurus syarikat ditemui dua anggota berkenaan ketika membuat rondaan di lampu isyarat dekat Terminal Pengangkutan Penang Sentral.
Sebelum itu mangsa berasa terancam selepas kereta jenis Mazda CX5 yang dipandunya diekori tiga motosikal yang tidak dikenali sebelum dia didatangi sebuah kereta peronda (MPV) polis.

"Apabila anggota menghampiri kenderaan mangsa, ketiga-tiga motosikal itu terus beredar. Kemudian pemeriksaan dijalankan dan didapati mangsa yang memandu seorang diri mengalami masalah ingatan apabila tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah.
"Selepas ditemubual mangsa menyerahkan kad nama syarikat kepada anggota dan berpandukan kepada alamat berkenaan, salah seorang anggota MPV telah membantu memandu kenderaan mangsa hingga sampai ke rumahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kim-tong-warga-emas-yang...

ArtikelDiterbitkan 15 May 2023 5.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM