
Article
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Anggota Mpv Ipd Brickfields Bantu Alihkan Kenderaan Rosak
Koperal Wan Zaim Wan Jaya dan Koperal Mohamad Nazimi Ismail dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah menghulurkan ba...
Koperal Wan Zaim Wan Jaya dan Koperal Mohamad Nazimi Ismail dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields telah menghulurkan bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Maarof, Zon Pantai, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Bertindak atas faktor keselamatan serta keprihatinan tinggi, mereka segera membantu menolak kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat bagi memastikan kelancaran trafik terus terpelihara.
Tindakan pantas dan sikap prihatin yang ditunjukkan mencerminkan nilai integriti, empati serta komitmen warga Sang Saka Biru dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.