Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kontraktor Tambak Pantai Kaut Untung Ambil Pasir Sekitar Pelabuhan

Diterbitkan: 21 Apr 2026 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuantan, 21 April 2026 - Kontraktor yang mendapat kontrak kerja menambak pasir pantai mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda apabila mengambil pasir di sekitar kawasan pelabuhan di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kontraktor-tambak-pantai-kaut-untung-ambil-pasir-sekitar-pelabuhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:31 MYT
 
Kuantan, 21 April 2026 - Kontraktor yang mendapat kontrak kerja menambak pasir pantai mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlipat ganda apabila mengambil pasir di sekitar kawasan pelabuhan di sini.

Difahamkan kontraktor berkenaan memulakan kerja penambakan pantai untuk projek hab maritim bermula Mac lalu menggunakan kapal korek di tengah laut.

Kegiatan tersebut bagaimanapun berjaya dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan serbuan pada pukul 10 pagi semalam bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, susulan tiada sebarang dokumen kelulusan, pihaknya menahan enam pekerja dan menyita jentera dan pasir laut seberat 250 tan dengan nilai keseluruhan RM10.28 juta.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak UPNP untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan aktiviti pengekstrakan atau pemindahan bahan batuan disyaki pasir laut secara tidak sah.

"Antara barang dirampas sebuah kapal korek pasir bersama paip, dua buah ekskavator, sebuah jentera buldozer dan 250 tan pasir laut," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 21 Apr 2026 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM