Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Polis Ipd Jbu Bantu Keluarga Alami Kerosakan Motosikal

Diterbitkan: 14 Jul 2024 12.50 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lans Koperal Mohd Apandi Omar dan Lans Koperal Muhammad Jamil Mohamad Said dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan sepasang suami isteri bersama dua anaknya yang mengalami kerosakan motosikal di bahu jalan Lebuhraya Iskandar Puteri menghala ke Gelang Patah, Johor Bahru.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-polis-ipd-jbu-bantu-keluarga-alami-kerosakan-motosikal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:46 MYT
Lans Koperal Mohd Apandi Omar dan Lans Koperal Muhammad Jamil Mohamad Said dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) yang sedang membuat rondaan telah terserempak dengan sepasang suami isteri bersama dua anaknya yang mengalami kerosakan motosikal di bahu jalan Lebuhraya Iskandar Puteri menghala ke Gelang Patah, Johor Bahru.

Keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah, namun terpaksa berhenti di pertengahan jalan kerana tayar pancit, petang semalam.

Simpati dengan keadaan mereka yang berada di bawah panas terik matahari, kedua-dua anggota polis tersebut telah menghantar isteri dan dua anaknya pulang ke rumah dengan menaiki kenderaan Pasukan sebelum menghantar si suami ke bengkel motosikal berhampiran untuk diperbaiki.

 
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2024 12.50 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM