Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Anggota Polis Trafik Cedera Dilanggar Pemandu Mabuk

Diterbitkan: 14 Jul 2024 1.54 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 14 Julai 2024 - Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-trafik-cedera-dilanggar-pemandu-mabuk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:49 MYT
Johor Bahru, 14 Julai 2024 - Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 7.05 pagi itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang berusia 30-an itu sedang mengawal aliran trafik selepas berlaku satu kemalangan di lokasi terbabit.

"Kemalangan berlaku ketika mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas berikutan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan menghala ke Permas Jaya.

"Ketika proses penundaan dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna Perak dari arah belakang mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan sebelum melambung dan terjatuh di tengah jalan.

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 14 Jul 2024 1.54 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM