Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Mpv Bantu Orang Awam Memadamkan Kebakaran

Diterbitkan: 26 May 2024 8.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.11 PM
Tindakan pantas Koperal Mohd Erfie Zulrizan Juanie dan Konstabel Michael Jonathan Yogarajen Edmund dari unit Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah beri bantuan kepada orang awam memadamkan kebakaran rumah di Jalan Bujuk Kg. Baru, Batu 10, Skudai Johor, pada isnin lepas, harus diberi pujian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-anggota-mpv-bantu-orang-awam-memadamkan-kebakaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:43 MYT
Tindakan pantas Koperal Mohd Erfie Zulrizan Juanie dan Konstabel Michael Jonathan Yogarajen Edmund dari unit Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah beri bantuan kepada orang awam memadamkan kebakaran rumah di Jalan Bujuk Kg. Baru, Batu 10, Skudai Johor, pada isnin lepas, harus diberi pujian.

Kejadian bermula apabila kedua-dua anggota MPV tersebut yang dalam perjalanan tugas eskot telah ditahan oleh orang awam bagi memaklumkan tentang kejadian kebakaran rumah sebelum meminta pertolongan.

Bantuan awal diberikan sementara menunggu Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru tiba bagi mengawal kejadian yang berpunca daripada kebocoran tong gas.

Kecekapan bantuan awal yang dihulurkan kedua-dua anggota polis terbabit membawa kepada tiada kemalangan jiwa berlaku di lokasi kejadian. Alhamdulillah.


May be an image of 1 person

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people, car and rear-view mirror

May be an image of 2 people, ambulance and text
ArtikelDiterbitkan 26 May 2024 8.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.11 PM