
PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih Saudara Adam Lawrence atas penghargaan anda kepada perkhidmatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghulurkan bantuan kepada pengguna jalan raya ketika mengalami kesulitan.
Syabas diucapkan buat pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar yang diketuai oleh Inspektor Muhamad Zaihidir Zainal Abidin kerana membantu menolak sebuah lori yang mengalami kerosakan ketika melakukan operasi bersepadu di sekitar Pekan Gopeng, baru-baru ini.
Semoga nilai murni sebegini dapat disemai dan dipupuk agar menjadi teladan buat warga Pasukan yang lain.
Sumber: Facebook Adam Lawrence