Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Sarjan Elias Derma Darah Lebih 90 Kali Sebagai Amal Jariah

Diterbitkan: 15 Jun 2022 10.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiap tahun Sarjan Elias Che Man, 56, dari Cawangan Pengawal Pengiring, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan menderma darah antara tiga hingga empat kali dan rutin itu dianggap sebagai amal jariah sebagai usaha menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-sarjan-elias-derma-darah-lebih-90-kali-sebagai-amal-jariah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Georgetown, 15 Jun 2022 - Setiap tahun Sarjan Elias Che Man, 56, dari Cawangan Pengawal Pengiring, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan menderma darah antara tiga hingga empat kali dan rutin itu dianggap sebagai amal jariah sebagai usaha menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan bantuan kecemasan.

Sarjan Elias berkata, dia mula menderma darah sejak memasuki perkhidmatan pasukan beruniform itu ketika berusia 19 tahun.

"Kalau diikutkan lebih 90 kali saya menderma darah, tetapi ada sebuah buku merah derma darah hilang dalam simpanan menjadikan jumlah yang direkodkan setakat ini ialah 84 kali.

"Setiap kali tiba masa saya menderma darah iaitu dalam selang masa tiga bulan saya berasa berat dan lesu, jadi biasanya saya tidak akan berlengah untuk melakukan rutin berkenaan," katanya di sini, kelmarin.

Anak jati Baling, Kedah itu berkata, dia pernah derma darah lebih 90 kali sebagai amal jariah menerima mesej tular dalam aplikasi WhatsApp yang menyatakan seorang individu berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang sebelum terus bergegas ke sana untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penderma darah.

"Ia berlaku ketika pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun lalu dengan jangkitan kes agak tinggi menyebabkan berlaku kekurangan bekalan darah dan tidak ramai orang yang mampu melakukannya dengan serta merta berikutan masalah kesihatan dan sebagainya.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text that says 'Georgetown: Setiap mindahan darah kritikal Hospital perkata, dalam memerlukan Derma darah lebih 90 kali seb


ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2022 10.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM