Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Polis Prihatin Hantar Wanita Oku Pulang Rumah

Published: 21 Feb 2025 12.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Nilai, 20 Februari 2025 – Seorang kakak terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis bagi menghantar adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) pulang ke rumah di Tasik Senangin di sini selepas sukar untuk memboncengnya dengan motosikal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-polis-prihatin-hantar-wanita-oku-pulang-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Nilai, 20 Februari 2025 – Seorang kakak terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis bagi menghantar adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) pulang ke rumah di Tasik Senangin di sini selepas sukar untuk memboncengnya dengan motosikal.

Situasi meruntun jiwa itu dikongsikan Balai Polis Lenggeng di Facebook pada Selasa yang memaklumkan adik wanita itu baru sahaja keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban sekitar jam 2 petang.
“Bagaimanapun terlalu sukar untuk dibawa menaiki motosikal untuk pulang ke rumah dengan kondisi beliau yang tidak punya upaya untuk berpaut.

“Kesukaran menguruskan perjalanan adiknya yang mempunyai keperluan khas menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan pihak polis,” katanya.

Tambahnya, atas dasar tanggungjawab dan keperihatinan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lenggeng telah mengambil inisiatif menghantar wanita OKU itu ke rumahnya dengan menggunakan kereta bagi memastikan perjalanan dua beradik itu selamat.

“Sikap cakna dan prihatin terhadap masyarakat, terutama golongan OKU adalah keutamaan kita semua.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people, car and text
ArticlePublished 21 Feb 2025 12.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM