Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Santuni Warga Pdrm Dan Masyarakat Di Kedah Bersama Mdn

Diterbitkan: 21 Feb 2025 1.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Jurugambar: PDRM RMP TV
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-santuni-warga-pdrm-dan-masyarakat-di-kedah-bersama-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:47 MYT

Kulim, 21 Februari 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis Ihya Ramadan yang berlangsung di Masjid Abdul Rahman Putra, Kampung Keladi, di sini, malam tadi.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution di Masjid Abdul Rahman Putra sekitar jam 7.30 petang telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh bersama timbalannya, DCP Adzli Abu Shah.

Majlis anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu bertujuan menyantuni dan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Sang Saka Biru dan masyarakat, di samping memuliakan sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Sebelum majlis bermula, Dato' Sri Ayob Khan bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution dan para tetamu yang hadir telah menunaikan solat fardhu Maghrib diikuti dengan bacaan Yasin serta solat fardhu Isyak secara berjemaah.

Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan telah mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan sumbangan kebajikan termasuk buah kurma kepada wakil-wakil ahli jawatankuasa masjid dalam negeri Kedah sebagai persediaan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah serta barisan Pegawai Kerajaan Negeri Kedah.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, dais and text that says 'RM'

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people

May be an image of 12 people and text that says 'IKPDP ื PDI'

May be an image of 15 people and text that says 'o 20 200 2025 :45 bis 1:30 도도 6:日 T:32 6:42 F5S 6:23 መጵችጠን'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, people studying, headscarf and text that says 'PENDAFTARAI ARAN'

May be an image of 4 people, people studying and text

May be an image of 6 people, headscarf and dais

May be an image of ‎5 people, dais and ‎text that says '‎للم POLS‎'‎‎

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text that says '020570 ASJIDABDUL 02057010034714 boleh disalurkan ke akaun MARP RAHMAN PUTERA KG KELADI KULIM (BANK ISLAM)

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 21 Feb 2025 1.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM