
Article
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Mandi Peluh Demi Masyarakat
Melaka, 23 Oktober 2022 – Pujian wajar diberikan apabila dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sanggup bermandi peluh membantu dua wanita me...
Melaka, 23 Oktober 2022 – Pujian wajar diberikan apabila dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sanggup bermandi peluh membantu dua wanita mengalami kerosakan kereta.
Bagaimanapun anggota polis, Sarjan Mohamad Hamdi Md Salleh, 37, bersama Lans Koperal Azlan Mohamad, 32, dari Cawangan Kereta Peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bertindak menghulurkan bantuan walaupun mereka dalam perjalanan penugasan di A’Famosa, Alor Gajah.
Mohamad Hamdi berkata, ketika melalui lebuh berkenaan untuk ke Plaza Tol Ayer Keroh, mereka mendapati kesesakan trafik luar biasa sebelum menyedari sebuah kereta berhenti di tengah jalan.
“Bagi mengelak kesesakan lebih teruk berlaku, kami mengambil keputusan menolak kereta itu ke bahu kiri jalan,” katanya.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: