Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Sanggup Pertaruh Nyawa Pegawai Polis Sb Jadi Wira Dalam Diam Lumpuh Unit Komunis

Published: 31 Aug 2022 7.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 31 Ogos 2022 - Ketika Perak menjadi “sarang” aktiviti pengganas komunis, seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) yang berani meresapi unit musuh utama dan seterusnya “memusnahkan” pejuangnya, tanpa melepaskan walau sebutir peluru pun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-sanggup-pertaruh-nyawa-pegawai-polis-sb-jadi-wira-dalam-diam-lumpuh-unit-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:20 MYT
Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Sanggup Pertaruh Nyawa Pegawai Polis Sb Jadi Wira Dalam Diam Lumpuh Unit Komunis
Home / Article / Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Sanggup Pertaruh Nyawa Pegawai Polis Sb Jadi Wira Dalam Diam Lumpuh Unit Komunis
Back to Library
Article

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Sanggup Pertaruh Nyawa Pegawai Polis Sb Jadi Wira Dalam Diam Lumpuh Unit Komunis

Petaling Jaya, 31 Ogos 2022 - Ketika Perak menjadi “sarang” aktiviti pengganas komunis, seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) yang berani meresapi unit musu...
Petaling Jaya, 31 Ogos 2022 - Ketika Perak menjadi “sarang” aktiviti pengganas komunis, seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) yang berani meresapi unit musuh utama dan seterusnya “memusnahkan” pejuangnya, tanpa melepaskan walau sebutir peluru pun.

Pegawai polis legenda itu, pesara Superintendan Datuk Paul Kiong S.P., 78, masih sihat dan mampu menceritakan kisah keberaniannya pada 1980-an kepada wartawan Free Malaysia Today.

Antara 1968 hingga 1989, beliau terlibat dalam pelbagai operasi menentang pemberontakan komunis, sehingga dikurniakan anugerah tertinggi keberanian, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.).

Menceritakan pengalamannya, Datuk Paul Kiong berkata, unit penyerang kelima Parti Komunis Malaya begitu terkenal dengan sikap agresif dan keberkesanan mereka dalam melaksanakan misi.

“Mereka memang kejam,” katanya yang menjelaskan unit itu merangkumi kira-kira 90 anggota yang berkemahiran tinggi dalam peperangan hutan.
“Ramai anggota keselamatan dan orang awam dibunuh oleh unit ini. Misi kami untuk melumpuhkan mereka,” katanya.

Datuk Paul Kiong bersara pada 1998 dengan pangkat Superintendan, selepas berkhidmat 32 tahun dengan polis.

Sumber: Free Malaysia Today

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

ArticlePublished 31 Aug 2022 7.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM