Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Sri Ramli Ketuai Delegasi Pdrm Dalam 3rd Uncops Summit 2022 Di New York

Diterbitkan: 31 Aug 2022 3.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
New York, 31 Ogos 2022 - Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Program Third United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2022, di sini sehingga 4 September depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-ramli-ketuai-delegasi-pdrm-dalam-3rd-uncops-summit-2022-di-new-york
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:00 MYT
New York, 31 Ogos 2022 - Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini mengetuai delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Program Third United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2022, di sini sehingga 4 September depan.

Menerusi program tersebut, Dato' Sri Ramli bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) (Pentadbiran), Dato’ Sayuti Bakar sempat mengadakan perjumpaan dengan Konsul Jeneral New York, Encik Amir Farid Abu Hasan sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Wakil Tetap Permanent Mission of Malaysia to the United Nations New York, Tuan Yang Terutama Dato’ Syed Mohamad Hasrin Aidid, di pejabatnya.

Beliau bersama delegasi kemudiannya mengadakan lawatan kerja rasmi yang dianjurkan oleh Atase Polis Kedutaan Besar Malaysia Washington DC, ACP Mohamed Izaat Mohamed Ibrahim ke Ibu Pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan atau Federal Bureau of Investigation (FBI), yang berpangkalan di sini.

Selain bertukar-tukar pendapat dengan Special Agent in Charge New York Field Office, Mr. Nicholas B. Boshears dari FBI, delegasi PDRM turut dibawa melawat ke galeri bangunan tersebut.

Pada UNCOPS 2022 kali ini, Dato' Sri Ramli dijadual menyampaikan ucapan mewakili Pucuk Pimpinan Pasukan dalam Persidangan UNCOPS, di United Nations Plaza.
Yang turut hadir, Kolonel Shamsuri Noordin, Penasihat Pertahanan Perutusan Tetap Malaysia ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) New York, Ketua Pegawai Turus Istiadat Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintendan Mohamad Ra’ayim Hj. Jemakir, Penolong Atase Polis Kedutaan Besar Malaysia Washington DC, DSP Khairul Azwan Mohamed Idris dan Ketua Balai Polis Lumut, Perak merangkap Pegawai Perhubungan PBB ke New York, ASP Thangaraja Balaraman.

Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin

ArtikelDiterbitkan 31 Aug 2022 3.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM