Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Detik Cemas Selamatkan Rakan Setugas Cuba Ditikam Di Perut

Diterbitkan: 14 Apr 2023 12.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kota Bharu, 14 April 2023 - "Saya mengalami luka di tangan selain ditikam pada bahagian belakang ketika cuba menahan suspek yang mahu menikam rakan setugas di perut," kata Lans Koperal Muhamad Arif Ismail, 28.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-detik-cemas-selamatkan-rakan-setugas-cuba-ditikam-di-perut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT
Kota Bharu, 14 April 2023 - "Saya mengalami luka di tangan selain ditikam pada bahagian belakang ketika cuba menahan suspek yang mahu menikam rakan setugas di perut," kata Lans Koperal Muhamad Arif Ismail, 28.

Dia adalah seorang daripada dua anggota yang tercedera ketika cuba menahan seorang lelaki yang juga pengedar dadah dalam kejadian di Kampung Siput, Meranti, di sini, 6 petang, semalam.

Lans Koperal Muhamad Arif berkata, dia dan rakan setugas, Lans Koperal Aminullah Islahudin, 29, bergelut selama hampir lapan minit sebelum berjaya menahan suspek berusia 30 tahun, bersama 30,000 biji pil dadah bernilai RM330,000.

"Saya dan Lans Koperal Aminullah saling membantu dan cuba bertahan sedaya upaya agar tidak tercedera kerana suspek bertindak agresif selain menggunakan pisau tajam.

"Dalam keadaan yang getir itu, saya melihat Lans Koperal Aminullah hampir ditikam di bahagian perut, jadi saya cuba membantu dengan menahan suspek, namun saya pula secara tiba-tiba ditikam pada bahagian belakang.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../detik-cemas-selamatkan...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 14 Apr 2023 12.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM