Artikel
Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Detik Cemas Selamatkan Rakan Setugas Cuba Ditikam Di Perut
Kota Bharu, 14 April 2023 - "Saya mengalami luka di tangan selain ditikam pada bahagian belakang ketika cuba menahan suspek yang mahu menikam rakan setugas di...
Kota Bharu, 14 April 2023 - "Saya mengalami luka di tangan selain ditikam pada bahagian belakang ketika cuba menahan suspek yang mahu menikam rakan setugas di perut," kata Lans Koperal Muhamad Arif Ismail, 28.
Lans Koperal Muhamad Arif berkata, dia dan rakan setugas, Lans Koperal Aminullah Islahudin, 29, bergelut selama hampir lapan minit sebelum berjaya menahan suspek berusia 30 tahun, bersama 30,000 biji pil dadah bernilai RM330,000.
"Saya dan Lans Koperal Aminullah saling membantu dan cuba bertahan sedaya upaya agar tidak tercedera kerana suspek bertindak agresif selain menggunakan pisau tajam.
"Dalam keadaan yang getir itu, saya melihat Lans Koperal Aminullah hampir ditikam di bahagian perut, jadi saya cuba membantu dengan menahan suspek, namun saya pula secara tiba-tiba ditikam pada bahagian belakang.
Sumber: Harian Metro