
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook ‘Ari Gicialit Gicialit' atas penghargaan beliau kepada dua orang anggota polis dari Balai Polis Senai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Johor iaitu Lans Koperal Kennedy Judin dan Konstabel Bexter Michael kerana telah membantunya yang mengalami kerosakan kenderaan di daerah tersebut.