Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Op Khas Kad Atm 71 Individu Disyaki Keldai Akaun Ditahan Dalam Serbuan Seluruh Negara

Diterbitkan: 08 Aug 2025 1.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 - Polis menahan 71 individu termasuk lapan warga asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah komersil sebagai keldai akaun dalam 59 serbuan di seluruh negara menerusi Op Khas Kad ATM baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-posting-pilihan-op-khas-kad-atm-71-individu-disyaki-keldai-akaun-ditahan-dalam-serbuan-seluruh-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:37 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Op Khas Kad Atm 71 Individu Disyaki Keldai Akaun Ditahan Dalam Serbuan Seluruh Negara
Laman Utama / Artikel / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Op Khas Kad Atm 71 Individu Disyaki Keldai Akaun Ditahan Dalam Serbuan Seluruh Negara
Kembali ke Pustaka
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Op Khas Kad Atm 71 Individu Disyaki Keldai Akaun Ditahan Dalam Serbuan Seluruh Negara

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 - Polis menahan 71 individu termasuk lapan warga asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah komersil sebagai keldai akaun d...
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2025 - Polis menahan 71 individu termasuk lapan warga asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah komersil sebagai keldai akaun dalam 59 serbuan di seluruh negara menerusi Op Khas Kad ATM baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, berkata operasi itu dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia bagi menumpaskan kegiatan pengeluaran wang oleh sindiket penipuan berdasarkan kes dilaporkan di Pusat Respons Penipuan Kebangsaan.

Beliau berkata daripada 59 serbuan yang dijalankan antara 29 hingga 31 Julai lepas itu, 24 serbuan dibuat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (satu), Sabah (lapan), Perak (lima), Pahang (empat), Selangor (tiga), manakala Negeri Sembilan dan Sarawak masing-masing dua serbuan.

"Mereka yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 50 tahun terdiri daripada 55 lelaki dan lapan wanita tempatan, selain lapan lelaki warga asing iaitu empat warga Bangladesh, masing-masing seorang warga China, Nigeria, Myanmar dan Indonesia," katanya pada sidang media JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Dato’ Rusdi berkata turut dirampas ialah 925 kad ATM pelbagai bank, wang tunai RM392,266, 100 telefon bimbit, 32 kad sim, 16 beg, 55 dokumen, 10 fail, dua buku cek kosong, satu resit cek bernilai RM90,961.24, lima kereta, satu mesin kira, sebuah kotak, sebuah komputer riba, sebuah tablet serta sebuah mesin pencetak.

Sebanyak 42 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420, 424, 424A dan 511 Kanun Keseksaan, Seksyen 5(2), 15A(1)(b) dan 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://bernama.com/bm/news.php/dunia/news.php?id=2454515

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Bernama

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people, crowd and text
ArtikelDiterbitkan 08 Aug 2025 1.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM