
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Posting Pilihan Kempen Anti Scam Pdrm 2022 Siri Jelajah Bersama Dato Awie Tiba Di Kontinjen Melaka
Konvoi bermotosikal Siri Jelajah bersama lagenda rock negara, Dato' Ahmad Azhar Othman atau Dato' Awie tiba di Kontinjen Melaka, bagi meneruskan Kempen Anti-Sc...
Melaka, 3 Ogos 2022 - Konvoi bermotosikal Siri Jelajah bersama lagenda rock negara, Dato' Ahmad Azhar Othman atau Dato' Awie tiba di Kontinjen Melaka, bagi meneruskan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia 2022.
Ketibaan Dato' Awie semalam, disambut oleh Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Dato’ Zainol Hj. Samah di Mahkota Parade, di sini.
Melalui kempen tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM tanpa gagal mengingatkan masyarakat untuk terus berwaspada dengan taktik dan modus operandi terkini "scammer".
Turut hadir, Timbalan KP Melaka, SAC Datuk Razali Abu Samah, Ahli Exco Malaysia Crime Prevention Foundation Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keselamatan Siber, Profesor Dr. Mohamad Fauzan Noordin dan pengamal media.