Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Tawar Kongsi Bisnes Tidak Wujud

Published: 01 Nov 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Alor Setar, 1 November 2023 - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' palsu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-tawar-kongsi-bisnes-tidak-wujud
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Alor Setar, 1 November 2023 - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' palsu bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, individu terbabit dikenali sebagai Mohamd Jaylani Sheikh Mohamad, 44, dan beralamat terakhir di Taman Citra di sini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan polis yang diterima berkaitan kes penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud membabitkan suspek.

“Jumlah kerugian berkaitan kes ini membabitkan RM1 juta dan hasil siasatan mendapati, suspek menggunakan gelaran 'Datuk' palsu. Usaha mengesannya masih berjalan,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 01 Nov 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM