Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Talian Hotline 997 Nsrc Cadang Lanjut Operasi 24 Jam

Published: 04 Mar 2023 3.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-talian-hotline-997-nsrc-cadang-lanjut-operasi-24-jam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:35 MYT
Kuala Lumpur, 4 Mac 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencadangkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melanjutkan tempoh operasi talian hotline 997 Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) supaya beroperasi 24 jam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, cadangan itu dikemukakan kepada BNM selaku pengendali utama pusat itu bersama agensi lain termasuk operasi.
“Setakat ini, tempoh operasi talian hotline NSRC bermula jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Namun, ada pihak yang cuba membuat panggilan pada jam 10 malam namun tiada respon daripada NSRC memandangkan ia hanya beroperasi sehingga jam 8 malam.
“Justeru, kita mahu mencadangkan waktu operasi talian hotline NSRC itu dilanjutkan 24 jam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 PDRM di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.
 
ArticlePublished 04 Mar 2023 3.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM