Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Tipu Online Didalangi Warga China Tumpas

Diterbitkan: 17 Jul 2026 3.37 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah apartmen di Laluan Ipoh Permai 3, Apartment Ipoh Hill Permai yang membawa kepada penahanan 10 lelaki.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-tipu-online-didalangi-warga-china-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:37 MYT
Ipoh, 17 Julai 2026 - Polis Perak berjaya membongkar sindiket penipuan dalam talian didalangi warga China dengan penahanan 18 lelaki menerusi dua serbuan di sekitar bandar raya ini pada Isnin.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah apartmen di Laluan Ipoh Permai 3, Apartment Ipoh Hill Permai yang membawa kepada penahanan 10 lelaki.

"Serbuan kedua pula dijalankan di sebuah rumah di Laluan Tasek Timur 5, Taman Tasek Indra dan berjaya menahan lapan lagi lelaki warga China," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kedua-dua premis membawa kepada rampasan pelbagai peralatan elektronik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2026 3.37 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM