Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Tawar Kerja Tak Wujud Di Singapura

Published: 16 Jul 2023 3.40 AM Updated: 15 Aug 2026 8.19 PM
Johor Bahru, 16 Julai 2023 - Polis menumpaskan sindiket penipuan pekerjaan dengan penahanan empat warga Singapura dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perling pada 26 Jun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-tawar-kerja-tak-wujud-di-singapura
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:28 MYT
Johor Bahru, 16 Julai 2023 - Polis menumpaskan sindiket penipuan pekerjaan dengan penahanan empat warga Singapura dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Perling pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, tiga lelaki dan seorang wanita berusia 27 hingga 40 tahun itu ditahan hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Kontinjen Johor.

Beliau berkata, sindiket dipercayai aktif sejak dua bulan lalu dan membabitkan kerugian berjumlah SGD$2.9 juta atau hampir RM10 juta itu menyasarkan mangsa warga Singapura.

“Sindiket ini menawarkan peluang pekerjaan tidak wujud di Singapura. Seramai 59 warga republik itu sudah menjadi mangsa namun ia tidak membabitkan mangsa atau menggunakan akaun bank Malaysia,” katanya.

Menurut Dato' Kamarul Zaman, sindiket itu menjadikan Johor sebagai lokasi panggilan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, tiga lelaki itu diserahkan kepada Polis Singapura pada 30 Jun lalu untuk tindakan lanjut manakala wanita pula pada 5 Julai iaitu selepas Mahkamah Singapura mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
No photo description available.
 
ArticlePublished 16 Jul 2023 3.40 AMUpdated 15 Aug 2026 8.19 PM