Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Taktik Scammer Tipu Melalui Jemputan Kahwin

Published: 20 Jun 2023 2.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 20 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak “scammer” bagi memperdaya orang ramai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-taktik-scammer-tipu-melalui-jemputan-kahwin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:02 MYT
Shah Alam, 20 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak “scammer” bagi memperdaya orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya mengesan taktik terbaharu “scammer” menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.
“Taktik baharu itu meminta orang ramai melakukan ''klik'' pada “link” yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.
"Namun itu satu helah dan cara “scammer” untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian.
"Untuk itu, orang ramai sebaiknya cuba elakkan daripada terjebak dengan sebarang mesej yang diragui puncanya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran

 
ArticlePublished 20 Jun 2023 2.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM