Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Mengurat Mangsa Sebelum Pujuk Main Judi Dalam Talian

Published: 29 May 2024 8.16 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 11 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki sebagai ejen pusat panggilan diberkas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-sindiket-mengurat-mangsa-sebelum-pujuk-main-judi-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Mengurat Mangsa Sebelum Pujuk Main Judi Dalam Talian
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Mengurat Mangsa Sebelum Pujuk Main Judi Dalam Talian
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Sindiket Mengurat Mangsa Sebelum Pujuk Main Judi Dalam Talian

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 11 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga...
Kuala Lumpur, 28 Mei 2024 - Guna akaun media sosial palsu untuk mengurat individu kesepian sebelum memujuk mangsa bermain permainan judi dalam talian. Itu modus operandi disyaki digunakan sebuah sindiket “love scam” selepas markas mereka di sebuah premis kediaman digempur pihak polis dalam satu operasi di sekitar ibu negara di sini, 16 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, seramai 11 lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki sebagai ejen pusat panggilan diberkas.

“Hasil pemeriksaan dan penelitian barang kes mendapati sindiket berkenaan sudah beroperasi sejak April lalu dengan memperdaya mangsa menggunakan akaun Facebook dan Instagram.

“Mangsa kemudian ditawarkan pautan judi dalam talian dan mangsa yang bermain menerusi pautan itu akan kehilangan kesemua wang yang dipertaruhkan,” katanya pada sidang media di Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 29 May 2024 8.16 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM