Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Scammer Tawar Bil Percuma 3 Bulan

Published: 31 Aug 2023 3.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik sindiket penipuan menyamar sebagai syarikat telekomunikasi dengan menawarkan peluang bil percuma selama tiga bulan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-scammer-tawar-bil-percuma-3-bulan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:39 MYT
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan taktik sindiket penipuan menyamar sebagai syarikat telekomunikasi dengan menawarkan peluang bil percuma selama tiga bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mendapati "scammer" itu akan menghubungi orang ramai dengan menawarkan tawaran terbabit.

“Suspek mendakwa kakitangan dari syarikat telekomunikasi akan menawarkan pengecualian pembayaran bil selama tiga bulan sebelum meminta mangsa menyerahkan kod enam angka yang diterima semasa panggilan itu.
“Mangsa yang terpedaya akan mengalami kerugian apabila wang dalam akaun bank akan dipindahkan oleh suspek,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan modus operandi penipuan itu.
Menurutnya, mereka yang kurang cakna kepada keadaan sebenar perlakuan jenayah seperti itu sangat mudah menjadi mangsa.

"Walaupun usaha JSJK berterusan, apa yang lebih penting adalah kesedaran individu berkenaan. Fikir sejenak sebelum membuat apa-apa keputusan atau transaksi,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 31 Aug 2023 3.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM