
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Orang Pencen Sasaran Scammer
Alor Setar, 30 Disember 2022 - Golongan berpencen dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikhuatiri menjadi antara sasaran sindiket penipuan dalam talian...
Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari berkata, golongan terbabit menjadi sasaran kerana dipercayai mempunyai sumber kewangan kukuh.
“Kumpulan sasaran mereka yang kita lihat selain pelajar-pelajar IPT, golongan berpencen juga tidak terkecuali.
“Maknanya, secara keseluruhan masyarakat Malaysia tahu kita akan pencen umur 60 tahun, apabila pencen dia akan dapat wang,” katanya.
DCP Dato’ Mohd Roze berkata sedemikian selepas program Town-Hall Ancaman “Scammer”: Penipuan versus Pengetahuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Khamis.