Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pelajar Orang Pencen Sasaran Scammer

Diterbitkan: 30 Dec 2022 2.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 30 Disember 2022 - Golongan berpencen dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikhuatiri menjadi antara sasaran sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-pelajar-orang-pencen-sasaran-scammer
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:28 MYT
Alor Setar, 30 Disember 2022 - Golongan berpencen dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikhuatiri menjadi antara sasaran sindiket penipuan dalam talian atau “scammer”.

Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari berkata, golongan terbabit menjadi sasaran kerana dipercayai mempunyai sumber kewangan kukuh.
“Kumpulan sasaran mereka yang kita lihat selain pelajar-pelajar IPT, golongan berpencen juga tidak terkecuali.

“Maknanya, secara keseluruhan masyarakat Malaysia tahu kita akan pencen umur 60 tahun, apabila pencen dia akan dapat wang,” katanya.
DCP Dato’ Mohd Roze berkata sedemikian selepas program Town-Hall Ancaman “Scammer”: Penipuan versus Pengetahuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini pada Khamis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2022 2.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM