Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Pastikan Badal Haji Tidak Jadi Bedal Haji

Published: 30 Jun 2023 2.40 AM Updated: 15 Aug 2026 8.24 PM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia pendekatan terbaik bagi mengelak mereka yang berhasrat melakukan badal haji daripada menjadi mangsa penipuan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-pastikan-badal-haji-tidak-jadi-bedal-haji
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:40 MYT
Umat Islam di negara ini diingatkan berhati-hati dan siasat sebelum menggunakan perkhidmatan badal haji ditawarkan individu atau syarikat yang tidak dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia pendekatan terbaik bagi mengelak mereka yang berhasrat melakukan badal haji daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau mengakui kes penipuan membabitkan badal haji banyak kali berlaku dan TH sentiasa memberi peringatan berhubung perkara itu.

“Al-Quran dan hadis juga mengajar kita menyiasat betul-betul mengenai suatu perkara itu.
“Kita sentiasa memberi peringatan supaya perbuatan “scammer” berkait badal haji ini tidak terus berleluasa.

"Jika seseorang mahu mengambil perkhidmatan badal haji bukan ditawarkan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan TH, dia perlu menyiasat betul-betul supaya tidak tertipu. Kita tidak mahu badal haji menjadi ‘bedal haji'',” katanya ketika sidang media selepas melawat Pusat Rawatan TH di Makkah, malam kelmarin.

Bacaaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 7 people and text that says 'Pastikan badal haji tidak jadi 'bedal haji' bagi mengelak mereka yang Orang ramai dinasihat siasa
ArticlePublished 30 Jun 2023 2.40 AMUpdated 15 Aug 2026 8.24 PM