Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Jeratan Cinta Kekasih Penipu

Diterbitkan: 18 Feb 2023 5.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 18 Februari 2023 - Kerana kasih, seorang penuntut wanita sebuah universiti di sini, sanggup memberi wang hampir RM50,000 kepada kekasihnya untuk membeli "skin hero" bagi permainan Mobile Legend.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-jeratan-cinta-kekasih-penipu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Kota Kinabalu, 18 Februari 2023 - Kerana kasih, seorang penuntut wanita sebuah universiti di sini, sanggup memberi wang hampir RM50,000 kepada kekasihnya untuk membeli "skin hero" bagi permainan Mobile Legend.

Malangnya, gadis berusia 19 tahun itu tidak sedar diperdaya lelaki terbabit hingga terjerat dalam sindiket "Love Scam".

Kejadian bermula pada 5 Februari lalu selepas berkenalan dengan lelaki itu menerusi aplikasi Telegram sebelum hubungan mereka menjadi rapat dan meneruskan interaksi di WhatsApp.

Lelaki itu kemudian meminta wang daripada penuntut itu untuk membantu membeli Skin Hero Mobile Legend dan mangsa memasukkan wang ke lima akaun berbeza yang diberikan lelaki itu.

Penuntut itu menyedari dirinya ditipu selepas lelaki itu tidak memulangkan wang yang dipinjam dan masih meminta wang tambahan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, mangsa membuat laporan polis kelmarin dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati dengan penipuan "scammer" dan tidak mudah percaya dengan pujuk rayu individu yang tidak dikenali.

Sumber: Harian Metro

May be an image of 1 person and text that says 'JERATAN 'CINTA' KEKASIH PENIPU Penuntut wanita terpedaya serah RM50,000 pada lelaki nak beli akse

ArtikelDiterbitkan 18 Feb 2023 5.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM