Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Pelajar Rosakkan Harta Sekolah Jalani Khidmat Komuniti

Diterbitkan: 19 Feb 2023 4.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 19 Februari 2023 - Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan akan dikenakan khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-pelajar-rosakkan-harta-sekolah-jalani-khidmat-komuniti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Georgetown, 19 Februari 2023 - Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan akan dikenakan khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, tindakan itu bagi memastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah dan sekumpulan pelajar terlibat telah dipanggil bersama waris mereka pada Sabtu bagi membincangkan isu tersebut.

"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pelajar-rosakkan-harta...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 2 people and indoor
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2023 4.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM