Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Gadis Ayu Bawa Bala

Diterbitkan: 12 Jun 2023 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Guna gambar profil ‘gadis ayu’ dan ayat-ayat manis di media sosial atau aplikasi perhubungan seperti WhatApps, Telegram dan Messenger menjadi taktik terbaharu sindiket “Love Scam” untuk menjerat lelaki hingga kerugian jutaan ringgit
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-gadis-ayu-bawa-bala
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:36 MYT
Kuala Lumpur, 12 Jun 2023 - Guna gambar profil ‘gadis ayu’ dan ayat-ayat manis di media sosial atau aplikasi perhubungan seperti WhatApps, Telegram dan Messenger menjadi taktik terbaharu sindiket “Love Scam” untuk menjerat lelaki hingga kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, “Love Scam” adalah taktik jenayah yang memerangkap mangsa melalui permainan emosi dan perasaan.

“Taktik ‘gadis ayu’ atau penggunaan gambar profil wanita cantik ini adalah taktik baharu yang digunakan oleh sindiket untuk mencari mangsa.

“Tujuan gambar ini digunakan adalah untuk menarik perhatian dan seterusnya memperdaya mangsa untuk berkomunikasi dengan pihak sindiket," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran atau menerusi pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../06/976633/gadis-ayu-bawa-bala

May be an image of text that says 'Oleh Muhaamad profil mhafis@hmetro.com.my 'Gadis ayu' bawa bala! Sindiket Love Scam permain emosi lelaki media
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2023 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM