Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Buat Panggilan Video Sunting Wajah Untuk Ugut Mangsa

Published: 31 Aug 2023 5.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 - Sindiket penipuan dalam talian atau “scammer” kini mengubah modus operandi mereka melalui panggilan video terhadap individu tidak dikenali dengan mengambil gambar mangsa untuk digunakan bagi mendapatkan wang ‘mudah’.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-buat-panggilan-video-sunting-wajah-untuk-ugut-mangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:59 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Buat Panggilan Video Sunting Wajah Untuk Ugut Mangsa
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Buat Panggilan Video Sunting Wajah Untuk Ugut Mangsa
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Buat Panggilan Video Sunting Wajah Untuk Ugut Mangsa

Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 - Sindiket penipuan dalam talian atau “scammer” kini mengubah modus operandi mereka melalui panggilan video terhadap individu tidak...
Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 - Sindiket penipuan dalam talian atau “scammer” kini mengubah modus operandi mereka melalui panggilan video terhadap individu tidak dikenali dengan mengambil gambar mangsa untuk digunakan bagi mendapatkan wang ‘mudah’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, itu antara taktik terbaharu digunakan sindiket penipuan yang dikesan pihak polis.
Katanya, melalui panggilan video itu, sindiket berkenaan kemudian akan merakam untuk menyalahgunakan gambar atau video dengan menyunting wajah mangsa untuk tujuan tertentu.

Mereka kemudian akan menggugut mangsa dengan meminta sejumlah wang jika mangsa tidak mahu video yang disunting itu disebarkan.
“Scammer ini akan cuba pelbagai taktik bagi mendapatkan keuntungan. Ini antara taktik digunakan sindiket penipuan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon atau video daripada individu tidak dikenali.
“Perkara ini kena elak daripada awal daripada terus terjerat. Ada mangsa terdiri daripada pesara, mereka yang bekerjaya dan sebagainya.

“Helah sebegini digunakan suspek sehingga menyebabkan kerugian wang. Jadi dinasihatkan jangan angkat jika kita tidak kenal nombor yang tidak dikenali,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 31 Aug 2023 5.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM