Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert 1 000 Kes Ah Long Setiap Tahun Pengarah Jsjk

Published: 21 Sep 2023 2.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-1-000-kes-ah-long-setiap-tahun-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
Petaling Jaya, 21 September 2023 - Syarikat pinjaman wang tidak berlesen (Ah long) masih menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdesak mencari jalan singkat mengatasi masalah kewangan berikutan peningkatan kes setiap tahun.

Sejak 2018 hingga Julai tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima purata 1,000 aduan setiap tahun membabitkan kes ah long daripada mangsa yang terjerat dengan penipuan itu.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 5,796 kes disiasat PDRM membabitkan jumlah pinjaman bemilai RM48.5 juta dalam tempoh sama.
Katanya, kes tertinggi dilaporkan pada 2019 dengan 1,229 kes libatkan jumlah pinjaman RM18.3 juta diikuti 2020 (1,083 kes, kerugian RM5.7 juta) selain 2022 (1,009 kes, kerugian RM6.9 juta).

Sebanyak 1,000 kes dilaporkan pada 2000 dengan nilai pinjaman RM5.7 juta selain pada 2018 dengan 798 kes dengan pinjaman RM10.45 juta.
“Sejak Januari sehingga Julai lalu, 677 kes dicatatkan dengan kerugian RM3.1 juta,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 21 Sep 2023 2.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM