
Artikel
Terima Kasih Semua Facebook Rasmi Pdrm Kini Cecah Usia Ke 13 Tahun Penubuhannya
Hari ini, tanggal 21 September 2023 merupakan hari yang penuh bersejarah dan bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila telah mence...
Hari ini, tanggal 21 September 2023 merupakan hari yang penuh bersejarah dan bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila telah mencecah usia ke-13 tahun penubuhannya.
Buat lebih 2.5 JUTA FANS PDRM yang sentiasa setia memberikan sokongan, kami akan terus menyajikan kepada anda pengisian kandungan yang terkini dan terbaik selaras dengan moto 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Kami selaku pentadbir Media Sosial Rasmi PDRM, mewakili 130,000 warga Pasukan yang lain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan serta dokongan setia rakyat Malaysia kepada FB dan semua Media Sosial Rasmi PDRM selama ini. Tanpa kalian semua, siapalah kami.
