Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pinjaman Jerat Mangsa Musim Perayaan

Published: 18 Mar 2024 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 18 Mac 2024 - Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-pinjaman-jerat-mangsa-musim-perayaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Shah Alam, 18 Mac 2024 - Menjanjikan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah selain kelulusan segera antara taktik digunakan sindiket penipuan pinjaman menjelang musim perayaan ketika ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik licik ini dikesan menyasarkan golongan yang menghadapi masalah kewangan.

Menurut beliau, medium media sosial seperti platform Facebook, WhatsApp serta Telegram antara digunakan sindiket untuk memerangkap mangsa.

"Iklan dimuat naik berserta dengan pelbagai tawaran yang tidak masuk akal dimuat naik menerusi halaman Facebook serta aplikasi WhatsApp dan Telegram.

"Sindiket dikesan mengambil kesempatan dalam musim perayaan ini dengan menyasarkan mereka yang terdesak untuk menggunakan wang dengan kadar segera," katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 18 Mar 2024 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM