Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Penipuan Telefon Bimbit Wanita Lagi Mudah Termakan Kata Kata

Published: 12 Jan 2025 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2025 - Sebanyak 2,824 kes membabitkan taktik penipuan telefon dicatatkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu dengan nilai kerugian mencecah RM142.017 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-penipuan-telefon-bimbit-wanita-lagi-mudah-termakan-kata-kata
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:08 MYT
 
Kuala Lumpur, 12 Januari 2025 - Sebanyak 2,824 kes membabitkan taktik penipuan telefon dicatatkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu dengan nilai kerugian mencecah RM142.017 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah kes berkenaan 1,703 adalah mangsa dalam kalangan wanita manakala 1,121 lelaki.

“Mangsa yang paling ramai tertipu berusia antara 21 hingga 30 tahun iaitu 1,133 individu diikuti 31 hingga 40 tahun (516 orang), 41 hingga 50 tahun (375), 61 tahun ke atas (310 orang), 51 hingga 60 tahun (270 orang) dan 15 hingga 10 tahun membabitkan seramai 220 orang.

“Sebagai langkah pembanterasan, JSJK melancarkan pelbagai operasi dan serbuan bagi menumpaskan jenayah ini dengan menahan seramai 1,320 individu bagi tahun 2024.
“Kita juga berjaya menuduh 1,142 kes yang disiasat ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArticlePublished 12 Jan 2025 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM