
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Penipuan Dalam Talian Meningkat 13 Peratus Dalam Tiga Bulan
Jenayah penipuan dalam talian (online) di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12,110 kes dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, berbanding 10,715 kes pa...
Kuala Lumpur, 19 April 2025 - Jenayah penipuan dalam talian (online) di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12,110 kes dalam tempoh Januari hingga Mac lalu, berbanding 10,715 kes pada tempoh sama, tahun lalu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, jenayah e-dagang mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 19.8 peratus iaitu daripada 2,116 kes kepada 2,535 kes.
“Peningkatan ini berlaku memandangkan trend penggunaan platform dalam talian semakin meluas terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang menyaksikan lebih ramai pengguna membuat pembelian secara digital.
“Sebanyak 5,214 kes membabitkan jenayah telekomunikasi, penipuan pinjaman tidak wujud (1,404 kes), jenayah e-kewangan (711 kes), pelaburan tidak wujud (2,026 kes) dan 'love scam' (220 kes),” katanya kepada Utusan Malaysia.