Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pb Scam Rangers Perangi Penipuan Kewangan Pdrm Sokong Usaha Banteras Scammers

Published: 21 Jun 2024 3.21 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Public Bank memperkenalkan PB Scam Rangers, pasukan bergerak yang terdiri daripada pakar penipuan keselamatan siber yang akan menjelajah ke serata Malaysia bagi meningkatkan kesedaran, mendidik dan berkongsi dengan orang ramai mengenai trend penipuan atau "scam'' terkini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-pb-scam-rangers-perangi-penipuan-kewangan-pdrm-sokong-usaha-banteras-scammers
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pb Scam Rangers Perangi Penipuan Kewangan Pdrm Sokong Usaha Banteras Scammers
Home / Article / Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pb Scam Rangers Perangi Penipuan Kewangan Pdrm Sokong Usaha Banteras Scammers
Back to Library
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pb Scam Rangers Perangi Penipuan Kewangan Pdrm Sokong Usaha Banteras Scammers

Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Public Bank memperkenalkan PB Scam Rangers, pasukan bergerak yang terdiri daripada pakar penipuan keselamatan siber yang akan menje...
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Public Bank memperkenalkan PB Scam Rangers, pasukan bergerak yang terdiri daripada pakar penipuan keselamatan siber yang akan menjelajah ke serata Malaysia bagi meningkatkan kesedaran, mendidik dan berkongsi dengan orang ramai mengenai trend penipuan atau "scam'' terkini.

Bakal ditempatkan di beberapa cawangan Public Bank yang terpilih, PB Scam Rangers akan mengadakan libat urus dengan pelanggan melalui sesi kuiz, paparan pendidikan interaktif dan perkongsian maklumat.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, Public Bank memupuk kesedaran mengenai trend penipuan terkini melalui makluman e-mel, media sosial, laman mikro keselamatan dalam talian dan platform perbankan dalam talian dengan pelbagai kandungan.

Katanya, menerusi kempen pendidikan yang konsisten ini, beliau berharap orang ramai bersedia dengan pengetahuan asas mengenai pelbagai kategori modus operandi "scam" bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
“Public Bank menggunakan pendekatan proaktif ini untuk memerangi penipuan kewangan di mana sejak pengenalan tempoh bertenang, transaksi mencurigakan bernilai kira-kira RM2 juta membabitkan 400 pelanggan dikesan dan dihalang daripada ditipu.

“Pada masa sama, dengan pangkalan data "Blacklisted Mule Account" yang diselenggara oleh Public Bank, kira-kira sejuta pelanggan Public Bank, atau lebih 3.2 juta transaksi berjumlah kira-kira RM1.6 bilion dihalang daripada dimasukkan ke dalam akaun keldai penipuan pada akhir Mei 2024,” katanya pada Majlis Pelancaran PB Scam Rangers di Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 21 Jun 2024 3.21 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM