
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Pb Scam Rangers Perangi Penipuan Kewangan Pdrm Sokong Usaha Banteras Scammers
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Public Bank memperkenalkan PB Scam Rangers, pasukan bergerak yang terdiri daripada pakar penipuan keselamatan siber yang akan menje...
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 - Public Bank memperkenalkan PB Scam Rangers, pasukan bergerak yang terdiri daripada pakar penipuan keselamatan siber yang akan menjelajah ke serata Malaysia bagi meningkatkan kesedaran, mendidik dan berkongsi dengan orang ramai mengenai trend penipuan atau "scam'' terkini.
Bakal ditempatkan di beberapa cawangan Public Bank yang terpilih, PB Scam Rangers akan mengadakan libat urus dengan pelanggan melalui sesi kuiz, paparan pendidikan interaktif dan perkongsian maklumat.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, Public Bank memupuk kesedaran mengenai trend penipuan terkini melalui makluman e-mel, media sosial, laman mikro keselamatan dalam talian dan platform perbankan dalam talian dengan pelbagai kandungan.
Katanya, menerusi kempen pendidikan yang konsisten ini, beliau berharap orang ramai bersedia dengan pengetahuan asas mengenai pelbagai kategori modus operandi "scam" bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
“Public Bank menggunakan pendekatan proaktif ini untuk memerangi penipuan kewangan di mana sejak pengenalan tempoh bertenang, transaksi mencurigakan bernilai kira-kira RM2 juta membabitkan 400 pelanggan dikesan dan dihalang daripada ditipu.
“Pada masa sama, dengan pangkalan data "Blacklisted Mule Account" yang diselenggara oleh Public Bank, kira-kira sejuta pelanggan Public Bank, atau lebih 3.2 juta transaksi berjumlah kira-kira RM1.6 bilion dihalang daripada dimasukkan ke dalam akaun keldai penipuan pada akhir Mei 2024,” katanya pada Majlis Pelancaran PB Scam Rangers di Kuala Lumpur, semalam.