Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Nombor Scammer Bakal Dipapar Di Telefon

Published: 06 Jan 2023 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut seperti dalam artikel terbitan Harian Metro.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-nombor-scammer-bakal-dipapar-di-telefon
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM memeterai kerjasama dengan syarikat pembangun aplikasi telefon bimbit Whoscall bagi mengekang kes penipuan dalam talian.

Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, aplikasi identifikasi panggilan dibangunkan oleh syarikat My Gogo and Look Sdn Bhd itu akan memberi maklumat kepada pengguna berhubung panggilan tidak diketahui.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, nombor telefon tersenarai dalam pangkalan data Sistem Semakmule milik JSJK akan ditandakan sebagai “scammer” oleh Whoscall.
“Ini membolehkan pengguna memuat turun aplikasi ini di telefon membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan yang diterima atau sebaliknya,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan penurunan tahun lepas iaitu 20,041 berbanding 20,701 pada 2021.
Katanya, jumlah tangkapan dan kerugian meningkat iaitu 13,371 tangkapan yang melibatkan kerugian sebanyak RM684,574,056.73 tahun lepas berbanding 9,991 dengan kerugian RM560,813,575.94 pada 2021.

Bacaan lanjut seperti dalam artikel terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 06 Jan 2023 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM